Events

"Kita bukan tidak cukup sumber air

Hujan mencurah-curah turun

tidak berjadual masa

Sungai melimpah-ruah mengalirkan air ke muara

Sehingga tidak hanya

musim tengkujuh banjir melanda

Telaga sentiasa penuh membuakkan air

pelbagai guna"

 

(Sebahagian daripada petikan puisi nukilan YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang bertajuk "Bukan Tidak Cukup Air")

 

Puisi ini adalah refleksi sebenar mengenai senario pengurusan sumber air di negara kita. Kadar air tidak terhasil (NRW), pengurusan bekalan ketika permintaan air tinggi, pengurusan kewangan bagi mengurangkan ketirisan, model pendanaan projek infrastruktur yang mampan turut disentuh secara langsung di dalam puisi ini.

 

Selain itu, apakah pula peranan kita sebagai pengguna air yang bertanggungjawab? Adakah suatu hari nanti kita sanggup membayar harga yang begitu tinggi untuk mendapatkan bekalan air yang selamat dan bersih?

 

Jom ikuti sesi Webinar “BUKAN TIDAK CUKUP AIR” untuk KITA BERSAMA-SAMA memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing.

🍀🍀🍀

🗓 2 Julai 2021 (Jumaat)

⏰ 5:00pm - 6:30pm

📹 Facebook Live https://www.facebook.com/Kementeri.../videos/405631960682676

Youtube Live KASA https://www.youtube.com/watch?v=tfFY0d2He1c

 

Bersama Panel:

🌳 YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)

🌳 YBrs. Ir. Dr. Hj. Mohmad Asari Daud, Presiden, Persatuan Air Malaysia (MWA)

🌳 YBrs. Pn. Wan Izar Haizan Wan Rosely, Pelajar PhD, Imperial College London (ICL)

Moderator:

🌳YBrs. En. Mohd Khalil Zaiyany Sumiran, Ketua Unit Komunikasi Korporat, KASA

Share Us :

Loading...